Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan kandungannya secara yang tersurat dan tersirat.
Sejarah Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru di Malaysia
Sebelum 1982, pendidikan guru di Malaysia tidak mempuyai satu falsafah yang tersurat dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang ada pada masa tersebut hanya bergerak selari dengan matlamat negara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961) dan Rancangan Malaysia.
Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan hala tuju pendidikan guru di Malaysia iaitu:
i. Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi mengembangkan lagi potensi murid.
ii. Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat.
Pada tahun 1982, Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Pendidikan Guru) telah menggubal dan mendokumentasi Falsafah Pendidikan Guru dengan rasminya. Objektif utama falsafah tersebut didokumentasikan adalah untuk menjadi rujukan, panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-guru di Malaysia.
Falsafah Pendidikan Guru
Kandungan Falsafah Pendidikan Guru
Kandungan
tesurat |
Keterangan
tersirat |
Contoh |
Berpekerti mulia |
Bersedia untuk meletakkan
kepentingan utama kepada orang lain melebihi diri sendiri |
Sentiasa memberi pertolongan
secara ikhlas |
Berpandangan progresif dan
saintifik |
Berfikiran positif dan proaktif,
inovatif dan motivatif. Mempunyai minda yang kehadapan dan sentiasa
memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran. Sentiasa berusaha mencari dan
mengguna idea, kaedah dan bahan baru dalam melaksanakan bidang tugas |
Berusaha mempunyai pelbagai teknik
mengajar |
Bersedia menjunjung aspirasi
negara |
Sentiasa meletakkan hasrat dan
matlamat negara sebagai perkara terpenting. Mengutamakan kepentingan negara
dalam melaksanakan tugas |
Taat arahan dan utamakan dasar KPM |
Menyanjung warisan kebudayaan
negara |
Meletakkan diri sendiri sebagai role model untuk mengelakkan
nilai-nilai yang menjadi warisan kebudayaan negara agar menjadi teladan kepada
murid, ibubapa dan masyarakat |
Menjaga kelakuan sepanjang masa |
Menjamin perkembangan individu |
Sentiasa memberikan keutamaan dan
memastikan setiap murid diberikan peluang untuk kembangkan potesi secara
menyeluruh dalam pelbagai aspek |
Murid bebas memilih subjek
elektif, aktiviti kokurikulum dan mengemukakan idea |
Memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu |
Mengekalkan keharmonian dalam
masyarakat majmuk dengan menekankan unsur bersatu padu dalam aktiviti yang
dijalankan |
Menerapkan elemen perpaduan semasa
mengajar dan kokurikulum |
Memlihara suatu masyarakat yang
demokratik |
Sentiasa memberikan peluang kepada
murid-murid untuk membuat keputusan dan berlaku adil dalam membuat keputusan
serta bertindak berasaskan pertimbangan wajar |
Memberi nasihat kepada murid dalam
membuat keputusan |
Memelihara suatu masyarakat yang
progresif |
Memberi penekanan kepada pelbagai
aspek dalam melaksanakan tugasan bagi membentuk murid yang dapat berfikiran
secara progresif dan saintifik. Guru juga menekankan kaedah inkuiri-penemuan
dan kaedah dapatan bagi memupuk sifat gemar menyiasat dan merekacipta |
Melahirkan guru dan murid yang
berfikiran jauh |
Memelihara suatu masyarakat yang
berdisiplin |
Memastikan keharmonian, keselamtan
dan keamanan menerusi nilai penerapan nilai etika dan peraturan yang mesti
dipatuhi untuk murid agar membentuk masyarakat yang cemerlang dan berdisiplin |
Menerapkan semangat cinta
kemerdekaan dalam diri setiap murid |
Profesion & Profesionalisme Keguruan
Definisi Profesion & Profesional
Profesion - Penguasaan sesuatu bidang ilmu, menjadi ahli sesuatu badan profesional dalam pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dan dikehendaki masyarakat
Profesional - Penguasaan terhadap ilmu pengetahuan secara mendalam, menunjukkan kreativiti dan inovasi ke atas bidang yang diceburi serta berfikiran positif dengan menyangjung tinggi etika dan integerasi profesion.
Ciri-Ciri Guru Profesional
i.
Pengetahuan |
|
ii.
Keterampilan |
|
iii.
Sahsiah |
a) Isi kandungan/ konten |
|
a) Komunikasi |
|
a) Pekerti mulia |
b) Pedagogi |
|
b) ICT |
|
b) Jujur |
c) Kurikulum |
|
c) Kaedah & Teknik |
|
c) Amanah |
d) Pelajar |
|
d) Pengurusan bilik darjah |
|
d) Sabar |
e) Peka |
|
e) Pemikiran yang positif |
|
e) Komited dalam profesion |
f) Mengamalkan pengajaran elektif |
|
f) Menyanjung tinggi |
|
f) Sifat sosial yang baik |
Kriteria Profesion Keguruan Sebagai Kerjaya Profesional
i. Kerjaya unik
guru hendaklah sentiasa dan teruja untuk memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan (pdp)
ii. Tahap pendidikan/ pengetahuan yang tingggi
menyangkut kemampuan seorang guru dalam memahami karakteristik atau kemampuan yang dimiliki oleh murid melalui berbagai cara.
iii. Latihan yang lama
kemampuan personal yang harus dimiliki oleh guru profesional dengan cara mencerminkan kepribadian yang baik pada diri sendiri, bersikap bijaksana serta arif, bersikap dewasa dan berwibawa serta mempunyai akhlak mulia untuk menjadi sauri teladan yang baik.
iv. Kod etika
unsur yang harus dimiliki oleh guru iaitu dengan cara menguasai materi pembelajaran secara luas dan mendalam
v. Persatuan
Kriteria yang harus dimiliki oleh seorang pendidik melalui cara yang baik dalam berkomunikasi dengan murid dan seluruh tenaga kependidikan atau juga dengan orang tua peserta didik dan masyarakat sekitar
vi. Pendengar yang baik
Tidak memotong pembicaraan siswa, selalu mengadakan kontak mata, menanyakan inti pertanyaan yang diajukan siswa
vii. Kreatif dan menarik
Melakukan eksperimen metode mengajar, menggunakan produk teknologi untuk mendukung dan meningkatkan kualiti pengajaran, menggunakan contoh yang relevan, menarik, dan tidak monoton.
Standard Guru Malaysia (SGM): Latar Belakang Penggubalan
Pengertian Standard Guru Malaysia
Standard
Guru Malaysia pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru
(Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh
agensi dan institusi latihan perguruan (keperluan) |
Latar belakang pembentukan Standard Guru Malaysia
i. Sejarah penggubalan: Dalam abad ke-21, Negara menghadapi cabaran baru
kesan daripada globalisasi, liberalisasi, perantarabangsaan dan perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi . sehubungan dengan itu, Malaysia
memerlukan modal insan yang celik TMK, progresif dan mampu bersaing di
pasaran kerja global.
|
|
ii. Rasional penggubalan Guru
perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan
kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi
membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan.
|
|
iii. Tujuan penggubalan Mengenal
pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalam nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran.
|
Analisis komponen Standard Guru Malaysia kearah melahirkan guru Malaysia yang bertaraf dunia.
Disediakan oleh:
Siti Nur Alisha Binti Che Yaacob.
Siti Nur Alia Binti Yahaya.
Nor Haslinda Binti Pauzi.